Halo Angel Wings Kaoani

Pages


Monday, November 26, 2012

Latihan


Gambar Tunggal
Latihan 1 : Sukan Tahunan Sekolah
Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.
Latihan 2 : Di Perpustakaan Sekolah
Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.



Latihan 3 : Bergotong-royong
Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.

Latihan 4 : Di Pasar
 Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.

Latihan 5 : Tayar Kereta Bocor
Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.


Gambar Bersiri
Latihan 6 : Hari Minggu
Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.
Latihan 7 : Pertandingan Kebersihan Kelas
Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.


Latihan 8 : Kepentingan Air
Tulis lima ayat yang lengkap berpandukan gambar di bawah.


Contoh Jawapan :

Latihan 1 : Sukan Tahunan Sekolah
1. SJK(C) Jeram sedang mengadakan Sukan Tahunan Sekolah yang ke-39 di padang sekolah.
2. Jun Kit berjaya mendapat johan dalam acara lari seratus meter lelaki. 
3. Dua orang pengakap memegang riben di garisan penamat. 
4. Cikgu Tan sedang mencatat nombor peserta yang berjaya dengan berhati-hati.
5. Sebagai anggota Persatuan Bulan Sabit Merah, Mei Lee ditugaskan untuk menjaga dan merawat peserta yang cedera jika ada. 

Latihan 2 : Di Perpustakaan Sekolah
1. Perpustakaan ialah tempat yang murid-murid boleh meminjam buku, mengulang kaji pelajaran dan membaca buku.
2. Seorang pengawas perpustakaan sedang memberi nasihat kepada dua orang murid lelaki yang sedang berbual-bual.
3. Dua orang murid perempuan dan seorang murid lelaki sedang membaca buku dengan senyap.
4. Beberapa orang murid sedang berbaris untuk memulangkan dan meminjam buku di kaunter pinjaman.
5. Kelihatan seorang murid lelaki sedang mencari buku rujukan di atas rak dengan penuh perhatian. 
 
Latihan 3 : Bergotong-royong
1. Gambar menunjukkan murid-murid sedang melakukan aktiviti bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah.
2. Mun Jun sedang mencabut rumput yang panjang lalu meletakkannya ke dalam pongkres.
3. Mina, Susila, dan Karim pula mengumpul sampah-sarap untuk dibuang.
4. Kok Seng dan Sok Ling bekerjasama menyapu sampah yang terdapat di kaki lima bilik darjah.
5. Murid-murid bekerja dengan rajin dan bertanggungjawab untuk membersihkan kawasan sekolah.    

Latihan 4 : Di Pasar
1. Maria mengikut ibunya ke pasar pada setiap hari Ahad.
2. Ibu Maria membeli sayur sawi yang segar daripada seorang penjual wanita.
3. Pak Cik Halim telah berniaga ikan di Pasar Besar Ipoh selama dua puluh tahun.
4. Seorang wanita sibuk menawar harga buah-buahan dengan penjual buah-buahan.
5. Orang ramai mengunjungi ke pasar untuk membeli ikan, sayur, ayam, buah-buahan dan lain-lain.   

Latihan 5 : Tayar Kereta Bocor
1. Tayar kereta Puan Azura telah bocor di sebatang jalan raya.
2. Puan Azura tidak tahu menukar tayar keretanya yang bocor lalu menghubungi seorang mekanik.
3. Ahmad ialah seorang mekanik yang berpengalaman dan bertanggungjawab.
4. Ahmad menukar tayar kereta Puan Azura yang bocor itu dengan teliti.
5. Lili dan Azmi melihat tayar kereta ibu mereka yang sedang ditukar oleh Ahmad. 

Latihan 6 : Hari Minggu
1. Ke Xin dan kakaknya, Ke Ching sangat suka makan sayur-sayuran.
2. Ke Xin menolong kakaknya menanam biji benih sayur di belakang rumah mereka.
3. Setelah beberapa minggu, sayur-sayuran yang ditanam oleh mereka telah mula bercambah.
4. Ke Ching akan menyiram tanamannya itu dengan senang hati setiap pagi dan petang.
5. Setelah cukup matang, sayur-sayuran itu pun dipetik dan dimasak oleh ibu Ke Xin dan Ke Ching.   

Latihan 7 : Pertandingan Kebersihan Kelas
1. Guru Besar sedang menyampaikan ucapan perasmian sempena pelancaran Kempen Kebersihan peringkat sekolah.
2. Semua murid SJK(C) Chong Hwa mendengar ucapan Guru Besar dengan teliti.
3. Kempen Kebersihan telah pun bermula di SJK(C) Chong Hwa.  
4. Murid-murid Tahun Lima Melor membersihkan bilik darjah mereka dengan rajin dan bersungguh-sungguh.
5. Bilik darjah Tahun Lima Melor telah berjaya dipilih sebagai bilik darjah yang paling bersih di sekolah itu. 

Latihan 8 : Kepentingan Air
1. Air merupakan salah satu keperluan asas yang amat penting dalam kehidupan kita.
2. Manusia, haiwan dan tumbuhan memerlukan air sebagai minuman untuk membesar.
3. Sumber-sumber air adalah daripada hujan, sungai, laut dan telaga yang banyak terdapat di sekeliling kita.
4. Air boleh digunakan untuk mencuci pakaian, sayur-sayuran, kasut, kereta dan pelbagai benda lagi agar menjadi bersih.
5. Tanpa air, musim kemarau akan melanda dan mengakibatkan tanah menjadi kering kontang manakala terlalu banyak air pula mengakibatkan banjir melanda.    

8 comments:

  1. Bagus blog cikgu. Latihan disertakan dengan jawapan sekali memudahkan pembelajaran murid.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana berkongsi. Latihan yang dapat memanfaatkan pembelajaran murid.

    ReplyDelete
  3. Bagus, pasti latihan-latihan ini dapat membantu murid-murid dalam penulisan mereka. Teruskan usaha cikgu.

    ReplyDelete