Halo Angel Wings Kaoani

Pages


Friday, December 21, 2012

Hasil Kerja Murid (4)

Latihan 7 : Pertandingan Kebersihan Kelas
1. Guru besar menyampaikan tentang pertandingan membersihkan kelas kepada murid-murid.
    ( menyampaikan perlu diikuti dengan ucapan iaitu menyampaikan ucapan

2. Seorang murid perempuan memadam papan putih dengan pemadam. (Betul)

3. Seorang murid lelaki menyapu sampah sampai lantai sehingga bersih dengan penyapu.
    ( sampai lantai tidak perlu ditulis )   

4. Ketua kelas 5A bertanggungjawab menyusun meja dan kerusi manakala Mei Mei pula mengelap tingkap. (Betul)

5. Ketua kelas 5A mewakili kelas untuk mendapat piala.
    ( mendapat sepatutnya menerima

Latihan 8 :Kepentingan Air
1. Air memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita. (Betul)

2. Manusia, haiwan dan tumbuhan memerlukan air untuk menghidup.
    ( menghidup sepatutnya hidup )

3. Kita boleh dapat air dari perigi, sungai dan tasik.
    ( dari sepatutnya daripada )

4. Manusia boleh menggunakan air untuk mencuci sayur, kasut, baju dan aktiviti lain yang memerlukan air. (Betul)

5. Air juga boleh menimbulkan masalah seperti banjir.
    ( iaitu lebih sesuai ditulis berbanding dengan seperti )

Thursday, December 20, 2012

Hasil Kerja Murid (3)

Latihan 5 : Tayar Kereta Bocor
1. Ibu Ahmad membawa Ahmad dan adiknya ke pusat beli-belah. (Betul)

2. Tayar kereta mereka telah bocor. (Betul)

3. Kelihatan seorang pemuda membantu mereka mengubah tayar baharu.
    ( mengubah sepatutnya menukar )

4. Ahmad sekeluarga melihat pemuda itu membuat kerja. (Betul)

5. Ibu Ahmad mengucapkan terima kasih kepada pemuda itu. (Betul)

Latihan 6 : Hari Minggu
1. Ah Ling dan adiknya menanam biji benih di dalam halaman rumah.
    ( di dalam halaman rumah sepatutnya di halaman rumah )

2. Beberapa minggu kemudian, biji benih telah tumbuh. (Betul)

3. Ah Ling menyiram sayur-sayurannya setiap hari. (Betul)

4. Emak mereka memasak sayur sebagai makan malam.
    ( untuk lebih sesuai berbanding dengan sebagai )

5. Adik Ah Ling melihat ibu memasak sayur di dapur. 
    ( ibu sepatutnya ibunya )

Wednesday, December 19, 2012

Hasil Kerja Murid (2)

Latihan 3 : Bergotong-royong
1. Wei Jet mencabut rumput dengan tangan di luar kelas. (Betul)

2. Mei Mei dan kawan-kawannya mengutip sampah dengan bekerjasama. (Betul)

3. Ah Ming dan Kai Lee menyapu sampah dengan penyapu sehingga bersih. (Betul)

4. Kien Yee membersihkan longkang yang kotor sehingga bersih. (Betul)

5. Kai Mei mengemaskan meja dengan rajin di dalam kelas. 
   (menyusun lebih sesuai berbanding dengan mengemaskan)

Latihan 4 : Di Pasar
1. Seorang wanita membawa anaknya ke pasar untuk membeli sayur. (Betul)

2. Seorang penjual menimbang sayur yang dipilih oleh tetamu.
    ( tetamu perlu digantikan dengan pelanggan ) 

3. Ibu Ali memilih buah-buahan di gerai buah-buahan. (Betul) 

4. Seorang penjual buah-buahan membungkus buah-buahan yang dipilih oleh tetamu.
    ( tetamu sepatutnya pelanggan )

5. Penjual ikan menjual ikan kepada seorang wanita Melayu. (Betul)

Tuesday, December 18, 2012

Hasil Kerja Murid (1)

Setelah membuat perbincangan saya telah memilih beberapa contoh hasil kerja murid seperti berikut :

 Latihan 1: Sukan Tahunan Sekolah
1. Ali telah mendapat tempat pertama dalam acara larian manakala Amir mendapat tempat kedua.(larian sepatutnya lari 100 meter)

2. Ahmad dan seorang lagi murid lelaki mengangkat tali penamat.
    (mengangkat sepatutnya memegang)

3. Banyak murid dan ibu bapa datang menyaksikan pertandingan-pertandingan tersebut. (Betul)

4. Beberapa orang peserta yang akan bertanding bersiap sedia untuk bertanding. (Betul)

5. Cikgu Lee sedang mencatat markah semua peserta. (Betul)
 

Latihan 2 : Di Perpustakaan Sekolah 
1. Dua orang murid lelaki berbual-bual di dalam perpustakaan. (Betul

2. Ali sedang menyuruh kedua-dua orang murid itu supaya jangan bercakap di dalam perpustakaan.(berbual-bual lebih sesuai berbanding dengan bercakap)

3. Dua orang murid lelaki membaca buku dengan teliti. (Betul)

4. Siew Mei dan Siew Lee membaca buku cerita yang baru dipilih oleh mereka. (Betul)

5. Kok Shun sedang memilih buku-buku kesukaannya. (Betul)

Tuesday, December 11, 2012

Gambar Program Bina Insan Murid

   Program Bina Insan Murid yang dianjurkan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ipoh telah diadakan pada 25 Februari 2012 khas untuk murid Tahun 6 SJK(C)Jeram, Perak dengan berjayanya. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada murid-murid supaya dapat memahami kepentingan ilmu pengetahuan dan kemahiran modal intelektual dengan lebih berkesan, mendisiplinkan diri sendiri setiap masa, dan sentiasa menjalankan tanggungjawab sebagai murid yang berdisiplin dan bersahsiah yang baik. Berikut adalah gambar-gambar semasa program ini dijalankan :

Comelnya foto-foto yang dipaparkan......

 
 Penceramah memberi penerangan dengan teliti dan menarik.

Seronok betul murid-murid ini mendengar ceramah.....

Rashia untuk mencapai kemerlangan......yeh......

Masa untuk menangkap gambar sebagai kenangan.

Saturday, December 8, 2012

Gambar Hari Kebangsaan

Perhiasaan di sekitar kawasan S.J.K.(Cina) Jeram, Perak




Upacara Perasmian Mengibar Jalur Gemilang

Hasil kerja murid-murid - Topi 1 Malaysia




Penerangan Pengertian Jalur Gemilang & Janji Ditepati
 

 

Murid-murid mendeklamasikan sajak Bahasa Malaysia 
 yang bertemakan semangat patriotik

Murid-murid menyanyikan lagu-lagu patriotik 
sambil mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh semangat

Laungan "Merdeka! Merdeka! Merdeka!"




Gambar Aktiviti


 
Gaya betul ........

 Menarik betul persembahannya......

 
 Inilah wakil sekolah pertandingan syarahan daerah.

 
Pemenang-pemenang Pertandingan Syarahan Bahasa Malaysia. 

Monday, November 26, 2012

Latihan


Gambar Tunggal
Latihan 1 : Sukan Tahunan Sekolah
Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.
Latihan 2 : Di Perpustakaan Sekolah
Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.



Latihan 3 : Bergotong-royong
Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.

Latihan 4 : Di Pasar
 Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.

Latihan 5 : Tayar Kereta Bocor
Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.


Gambar Bersiri
Latihan 6 : Hari Minggu
Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.
Latihan 7 : Pertandingan Kebersihan Kelas
Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.


Latihan 8 : Kepentingan Air
Tulis lima ayat yang lengkap berpandukan gambar di bawah.


Contoh Jawapan :

Latihan 1 : Sukan Tahunan Sekolah
1. SJK(C) Jeram sedang mengadakan Sukan Tahunan Sekolah yang ke-39 di padang sekolah.
2. Jun Kit berjaya mendapat johan dalam acara lari seratus meter lelaki. 
3. Dua orang pengakap memegang riben di garisan penamat. 
4. Cikgu Tan sedang mencatat nombor peserta yang berjaya dengan berhati-hati.
5. Sebagai anggota Persatuan Bulan Sabit Merah, Mei Lee ditugaskan untuk menjaga dan merawat peserta yang cedera jika ada. 

Latihan 2 : Di Perpustakaan Sekolah
1. Perpustakaan ialah tempat yang murid-murid boleh meminjam buku, mengulang kaji pelajaran dan membaca buku.
2. Seorang pengawas perpustakaan sedang memberi nasihat kepada dua orang murid lelaki yang sedang berbual-bual.
3. Dua orang murid perempuan dan seorang murid lelaki sedang membaca buku dengan senyap.
4. Beberapa orang murid sedang berbaris untuk memulangkan dan meminjam buku di kaunter pinjaman.
5. Kelihatan seorang murid lelaki sedang mencari buku rujukan di atas rak dengan penuh perhatian. 
 
Latihan 3 : Bergotong-royong
1. Gambar menunjukkan murid-murid sedang melakukan aktiviti bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah.
2. Mun Jun sedang mencabut rumput yang panjang lalu meletakkannya ke dalam pongkres.
3. Mina, Susila, dan Karim pula mengumpul sampah-sarap untuk dibuang.
4. Kok Seng dan Sok Ling bekerjasama menyapu sampah yang terdapat di kaki lima bilik darjah.
5. Murid-murid bekerja dengan rajin dan bertanggungjawab untuk membersihkan kawasan sekolah.    

Latihan 4 : Di Pasar
1. Maria mengikut ibunya ke pasar pada setiap hari Ahad.
2. Ibu Maria membeli sayur sawi yang segar daripada seorang penjual wanita.
3. Pak Cik Halim telah berniaga ikan di Pasar Besar Ipoh selama dua puluh tahun.
4. Seorang wanita sibuk menawar harga buah-buahan dengan penjual buah-buahan.
5. Orang ramai mengunjungi ke pasar untuk membeli ikan, sayur, ayam, buah-buahan dan lain-lain.   

Latihan 5 : Tayar Kereta Bocor
1. Tayar kereta Puan Azura telah bocor di sebatang jalan raya.
2. Puan Azura tidak tahu menukar tayar keretanya yang bocor lalu menghubungi seorang mekanik.
3. Ahmad ialah seorang mekanik yang berpengalaman dan bertanggungjawab.
4. Ahmad menukar tayar kereta Puan Azura yang bocor itu dengan teliti.
5. Lili dan Azmi melihat tayar kereta ibu mereka yang sedang ditukar oleh Ahmad. 

Latihan 6 : Hari Minggu
1. Ke Xin dan kakaknya, Ke Ching sangat suka makan sayur-sayuran.
2. Ke Xin menolong kakaknya menanam biji benih sayur di belakang rumah mereka.
3. Setelah beberapa minggu, sayur-sayuran yang ditanam oleh mereka telah mula bercambah.
4. Ke Ching akan menyiram tanamannya itu dengan senang hati setiap pagi dan petang.
5. Setelah cukup matang, sayur-sayuran itu pun dipetik dan dimasak oleh ibu Ke Xin dan Ke Ching.   

Latihan 7 : Pertandingan Kebersihan Kelas
1. Guru Besar sedang menyampaikan ucapan perasmian sempena pelancaran Kempen Kebersihan peringkat sekolah.
2. Semua murid SJK(C) Chong Hwa mendengar ucapan Guru Besar dengan teliti.
3. Kempen Kebersihan telah pun bermula di SJK(C) Chong Hwa.  
4. Murid-murid Tahun Lima Melor membersihkan bilik darjah mereka dengan rajin dan bersungguh-sungguh.
5. Bilik darjah Tahun Lima Melor telah berjaya dipilih sebagai bilik darjah yang paling bersih di sekolah itu. 

Latihan 8 : Kepentingan Air
1. Air merupakan salah satu keperluan asas yang amat penting dalam kehidupan kita.
2. Manusia, haiwan dan tumbuhan memerlukan air sebagai minuman untuk membesar.
3. Sumber-sumber air adalah daripada hujan, sungai, laut dan telaga yang banyak terdapat di sekeliling kita.
4. Air boleh digunakan untuk mencuci pakaian, sayur-sayuran, kasut, kereta dan pelbagai benda lagi agar menjadi bersih.
5. Tanpa air, musim kemarau akan melanda dan mengakibatkan tanah menjadi kering kontang manakala terlalu banyak air pula mengakibatkan banjir melanda.