PENULISAN BAHAGIAN A
TULIS LIMA AYAT BERDASARKAN GAMBAR
Contoh Soalan Bahagian A :
Dibei stimulus.
Tulis lima ayat lengkap tentang gambar.
Tulis lima ayat lengkap tentang aktiviti dalam gambar.
Tulis lima ayat lengkap tentang situasi dalam gambar.
Syarat-syarat perlu ada :
Syarat-syarat perlu ada :
1. Digalakkan menulis nombor 1, 2, 3, 4 dan 5.
2. Idea mesti menepati bahan grafik.
3. Ayat hendaklah menggambarkan perkara yang
sedang berlaku.
4. Ada watak/pelaku. Boleh guna nama orang, kata
bilangan - beberapa, dua orang.
5. Aktiviti-aktiviti gunakan kata kerja.
6. Ada huraian.
7. Mula membina ayat pada gambar di hadapan
dahulu.
8. Bina satu aktiviti sahaja dalam satu ayat. Galakkan
tulis ayat gramatis.
9. Bilangan perkataan sekurang-kurangnya 8 hingga 12
patah perkataan supaya mendapat pengskoran
cemerlang.
cemerlang.
10. Bilangan ayat diambil kira. ( 5 ayat sahaja).
Jika tulis lebih daripada lima ayat –
impression turun, markah akan dipotong.
11. Satu ayat satu titik. (Dalam satu nombor ada dua
titik maka dikira telah wujud dua ayat.)
12. Jangan tulis ayat yang berbentuk cerita. Jangan
gunakan penanda wacana.
CONTOH RANCANGAN
PENGAJARAN HARIAN
BAHASA MALAYSIA TAHUN 6 SJKC
Hari : Isnin
Masa : 10.35 pagi – 11.35 pagi
Tahun : 6A
Tema : Bergaya ke Sekolah
Tajuk : Semangat Yuk Sing
Objektif Pembelajaran :
Fokus Utama : 8.1 Aras 1 (i)
Fokus Sampingan: 5.1 Aras 1 (i)
Objektif Pembelajaran :
Pada akhir pelajaran murid dapat :
1. Menulis 5 ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan gambar.
2. Membaca 5 ayat yang ditulis berdasarkan gambar.
1. Menulis 5 ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan gambar.
2. Membaca 5 ayat yang ditulis berdasarkan gambar.
Aktiviti-aktiviti pembelajaran :
1. Murid menyanyikan lagu "Bangun Tidur".
2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang
aktiviti
sebelum ke sekolah.
3. Murid meneliti gambar yang dipaparkan.
4. Murid dibimbing mencari kata kerja yang
sesuai
dengan gambar.
5. Murid dibimbing melengkapkan Lembaran
Bijak Mengurus Grafik berdasarkan kata kerja
dan kata tanya (Siapa?, Buat apa? Di mana?).
6. Murid dibimbing menulis 5 ayat
berdasarkan
Lembaran Bijak Mengurus Grafik.
7. Murid membaca ayat yang ditulis.
Impak : (Ditulis selepas pengajaran dan pembelajaran)
Gambar di bawah menunjukkan Amin bersiap-siap ke
sekolah.
Tulis lima ayat lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang
terdapat dalam gambar.
Langkah-langkah untuk menulis ayat :
1. Baca arahan dan soalan serta fahamkan.
2. Lihat gambar dengan teliti.
3. Gunakan beberapa soalan panduan seperti yang berikut :
a) Siapa? = Amin
b) Buat apa? = mandi
c) Di mana? = di dalam bilik air
d) Bagaimana? = menggunakan air dan sabun
e) Mengapa? = supaya bersih
4. Lengkapkan Lembaran Bijak Mengurus Grafik pada setiap
maklumat yang diperolehi seperti berikut :
Siapa
|
Buat apa?
|
Kata Sendi /
Kata Hubung
|
Keterangan / Huraian peluasan
prediket
|
Amin
|
mandi
|
di
|
dalam
bilik air
|
Dia
|
memakai
baju
|
sambil
|
tersenyum
|
Amin
|
menyikat
rambut
|
dengan
|
kemas
|
Amin
|
bersarapan
|
sebelum
|
ke
sekolah
|
Ibu
|
melambai
tangan
|
kepada
|
Amin
|
5. Salin semula ayat-ayat seperti di atas dan meletakkan
tanda bacaan.
1. Amin mandi di dalam bilik air.
2. Dia memakai baju sambil tersenyum.
3. Amin menyikat rambut dengan kemas.
4. Amin bersarapan sebelum ke sekolah.
5. Ibu melambai tangan kepada Amin.
(Kaedah ini dapat membantu murid untuk mendapat
pengskoran lulus.)
6. Baca semula ayat-ayat yang ditulis dan semak semua
ejaan dan tanda bacaan betul.
Kesalahan yang selalu dilakukan oleh murid :
1. Tidak tulis huruf besar pada permulaan ayat.
2. Tidak meletakkan tanda noktah pada akhir ayat.
3. Menulis ayat melebihi lima ayat.
4. Menulis dua ayat dalam satu nombor.
5. Menulis ayat tidak berdasarkan maklumat yang tersurat dalam gambar.
6. Ayat yang ditulis tidak menepati kehendak soalan.
thanks for sharing
ReplyDeletevery useful and nice blog!
ReplyDeleteThank you.
ReplyDeleteApa itu ayat gramatis?
ReplyDeleteayat gramatis adalah ayat yang cantik dan sesuai untuk diberikan markah penuh...
ReplyDeleteMs Peng Lim your pictures are very useful.. Thank you for sharing...
Tqvm..good sharing
ReplyDeleteSo different sentences
ReplyDelete👍👍👍
ReplyDelete