Halo Angel Wings Kaoani

Pages


Nota


PENULISAN BAHAGIAN A

TULIS LIMA AYAT BERDASARKAN GAMBAR

Contoh Soalan Bahagian A :

Dibei stimulus.
Tulis lima ayat lengkap tentang gambar.
Tulis lima ayat lengkap tentang aktiviti dalam gambar.
Tulis lima ayat lengkap tentang situasi dalam gambar.
ž 
Syarat-syarat perlu ada :
1.   Digalakkan menulis nombor 1, 2, 3, 4 dan 5.
2.   Idea mesti menepati bahan grafik.
3.   Ayat hendaklah menggambarkan perkara yang
      sedang berlaku.
4.   Ada watak/pelaku. Boleh guna nama orang, kata 
      bilangan - beberapa, dua orang.
5.   Aktiviti-aktiviti gunakan kata kerja.
6.   Ada huraian.
7.   Mula membina ayat pada gambar di hadapan
      dahulu.
8.   Bina satu aktiviti sahaja dalam satu ayat. Galakkan
      tulis ayat gramatis.
9.   Bilangan perkataan sekurang-kurangnya 8 hingga 12
      patah perkataan supaya mendapat pengskoran
      cemerlang.
10. Bilangan ayat diambil kira. ( 5 ayat sahaja). 
      Jika tulis lebih daripada lima ayat –
      impression turun, markah akan dipotong.
11. Satu ayat satu titik. (Dalam satu nombor ada dua    
      titik maka dikira telah wujud  dua ayat.)
12. Jangan tulis ayat yang berbentuk cerita. Jangan
      gunakan penanda wacana.
CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
BAHASA MALAYSIA TAHUN 6 SJKC
Hari       :  Isnin
Masa     :  10.35 pagi – 11.35 pagi
Tahun    :  6A
Tema     :  Bergaya ke Sekolah
Tajuk     :  Semangat Yuk Sing
Objektif Pembelajaran :
Fokus Utama        :  8.1 Aras 1 (i)
Fokus Sampingan:  5.1 Aras 1 (i)
Objektif Pembelajaran :
Pada akhir pelajaran murid dapat :

1. Menulis 5 ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan gambar.

2. Membaca 5 ayat yang ditulis berdasarkan gambar. 

Aktiviti-aktiviti pembelajaran : 

1. Murid menyanyikan lagu "Bangun Tidur".
2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang aktiviti 
    sebelum ke sekolah.
3. Murid meneliti gambar yang dipaparkan.
4. Murid dibimbing mencari kata kerja yang sesuai 
    dengan gambar.
5. Murid dibimbing melengkapkan Lembaran 
    Bijak Mengurus Grafik berdasarkan kata kerja 
    dan kata tanya (Siapa?, Buat apa? Di mana?).
6. Murid dibimbing menulis 5 ayat berdasarkan 
    Lembaran Bijak Mengurus Grafik.
7. Murid membaca ayat yang ditulis.


Impak : (Ditulis selepas pengajaran dan pembelajaran)



Gambar di bawah menunjukkan Amin bersiap-siap ke
sekolah.
Tulis lima ayat lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang
terdapat dalam gambar.


Langkah-langkah untuk menulis ayat : 

1. Baca arahan dan soalan serta fahamkan.
2. Lihat gambar dengan teliti.
3. Gunakan beberapa soalan panduan seperti yang berikut :
   
    a) Siapa? = Amin
    b) Buat apa? = mandi
    c) Di mana? = di dalam bilik air
    d) Bagaimana? = menggunakan air dan sabun
    e) Mengapa? = supaya bersih

4. Lengkapkan Lembaran Bijak Mengurus Grafik pada setiap
    maklumat yang diperolehi seperti berikut :


    Siapa
    Buat apa?
Kata Sendi /
  Kata Hubung
         Keterangan / Huraian peluasan prediket
         Amin
          mandi 
          di 
         dalam bilik air
         Dia
          memakai baju
          sambil
         tersenyum
         Amin
          menyikat rambut
         dengan             
         kemas
         Amin        
          bersarapan
          sebelum
         ke sekolah
         Ibu
          melambai tangan
          kepada
         Amin


5. Salin semula ayat-ayat seperti di atas dan meletakkan
    tanda bacaan.
   
    1. Amin mandi di dalam bilik air.
    2. Dia memakai baju sambil tersenyum.
    3. Amin menyikat rambut dengan kemas.
    4. Amin bersarapan sebelum ke sekolah.
    5. Ibu melambai tangan kepada Amin.
       (Kaedah ini dapat membantu murid untuk mendapat    
        pengskoran lulus.)

6. Baca semula ayat-ayat yang ditulis dan semak semua
    ejaan dan tanda bacaan betul.


Kesalahan yang selalu dilakukan oleh murid :

1. Tidak tulis huruf besar pada permulaan ayat.
2. Tidak meletakkan tanda noktah pada akhir ayat. 
3. Menulis ayat melebihi lima ayat.
4. Menulis dua ayat dalam satu nombor.
5. Menulis ayat tidak berdasarkan maklumat yang tersurat dalam gambar.
6. Ayat yang ditulis tidak menepati kehendak soalan.  



8 comments:

  1. Replies
    1. Saya akan teruskan usaha saya.Terima kasih sokong cikgu.

      Delete
  2. Guru yang prihatin.. Tahu kesalahan yang biasa dilakukan oleh murid.

    ReplyDelete
  3. Nota yang sangat berguna dalam pengajaran . Terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman. Teruskan usaha anda.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih.Sama-sama kita berusaha lagi!

    ReplyDelete
  5. tahniah cikgu berjaya membina blog yang baik.

    ReplyDelete