Halo Angel Wings Kaoani

Monday, November 26, 2012

Latihan


Gambar Tunggal
Latihan 1 : Sukan Tahunan Sekolah
Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.
Latihan 2 : Di Perpustakaan Sekolah
Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.



Latihan 3 : Bergotong-royong
Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.

Latihan 4 : Di Pasar
 Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.

Latihan 5 : Tayar Kereta Bocor
Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.


Gambar Bersiri
Latihan 6 : Hari Minggu
Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.
Latihan 7 : Pertandingan Kebersihan Kelas
Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.


Latihan 8 : Kepentingan Air
Tulis lima ayat yang lengkap berpandukan gambar di bawah.


Contoh Jawapan :

Latihan 1 : Sukan Tahunan Sekolah
1. SJK(C) Jeram sedang mengadakan Sukan Tahunan Sekolah yang ke-39 di padang sekolah.
2. Jun Kit berjaya mendapat johan dalam acara lari seratus meter lelaki. 
3. Dua orang pengakap memegang riben di garisan penamat. 
4. Cikgu Tan sedang mencatat nombor peserta yang berjaya dengan berhati-hati.
5. Sebagai anggota Persatuan Bulan Sabit Merah, Mei Lee ditugaskan untuk menjaga dan merawat peserta yang cedera jika ada. 

Latihan 2 : Di Perpustakaan Sekolah
1. Perpustakaan ialah tempat yang murid-murid boleh meminjam buku, mengulang kaji pelajaran dan membaca buku.
2. Seorang pengawas perpustakaan sedang memberi nasihat kepada dua orang murid lelaki yang sedang berbual-bual.
3. Dua orang murid perempuan dan seorang murid lelaki sedang membaca buku dengan senyap.
4. Beberapa orang murid sedang berbaris untuk memulangkan dan meminjam buku di kaunter pinjaman.
5. Kelihatan seorang murid lelaki sedang mencari buku rujukan di atas rak dengan penuh perhatian. 
 
Latihan 3 : Bergotong-royong
1. Gambar menunjukkan murid-murid sedang melakukan aktiviti bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah.
2. Mun Jun sedang mencabut rumput yang panjang lalu meletakkannya ke dalam pongkres.
3. Mina, Susila, dan Karim pula mengumpul sampah-sarap untuk dibuang.
4. Kok Seng dan Sok Ling bekerjasama menyapu sampah yang terdapat di kaki lima bilik darjah.
5. Murid-murid bekerja dengan rajin dan bertanggungjawab untuk membersihkan kawasan sekolah.    

Latihan 4 : Di Pasar
1. Maria mengikut ibunya ke pasar pada setiap hari Ahad.
2. Ibu Maria membeli sayur sawi yang segar daripada seorang penjual wanita.
3. Pak Cik Halim telah berniaga ikan di Pasar Besar Ipoh selama dua puluh tahun.
4. Seorang wanita sibuk menawar harga buah-buahan dengan penjual buah-buahan.
5. Orang ramai mengunjungi ke pasar untuk membeli ikan, sayur, ayam, buah-buahan dan lain-lain.   

Latihan 5 : Tayar Kereta Bocor
1. Tayar kereta Puan Azura telah bocor di sebatang jalan raya.
2. Puan Azura tidak tahu menukar tayar keretanya yang bocor lalu menghubungi seorang mekanik.
3. Ahmad ialah seorang mekanik yang berpengalaman dan bertanggungjawab.
4. Ahmad menukar tayar kereta Puan Azura yang bocor itu dengan teliti.
5. Lili dan Azmi melihat tayar kereta ibu mereka yang sedang ditukar oleh Ahmad. 

Latihan 6 : Hari Minggu
1. Ke Xin dan kakaknya, Ke Ching sangat suka makan sayur-sayuran.
2. Ke Xin menolong kakaknya menanam biji benih sayur di belakang rumah mereka.
3. Setelah beberapa minggu, sayur-sayuran yang ditanam oleh mereka telah mula bercambah.
4. Ke Ching akan menyiram tanamannya itu dengan senang hati setiap pagi dan petang.
5. Setelah cukup matang, sayur-sayuran itu pun dipetik dan dimasak oleh ibu Ke Xin dan Ke Ching.   

Latihan 7 : Pertandingan Kebersihan Kelas
1. Guru Besar sedang menyampaikan ucapan perasmian sempena pelancaran Kempen Kebersihan peringkat sekolah.
2. Semua murid SJK(C) Chong Hwa mendengar ucapan Guru Besar dengan teliti.
3. Kempen Kebersihan telah pun bermula di SJK(C) Chong Hwa.  
4. Murid-murid Tahun Lima Melor membersihkan bilik darjah mereka dengan rajin dan bersungguh-sungguh.
5. Bilik darjah Tahun Lima Melor telah berjaya dipilih sebagai bilik darjah yang paling bersih di sekolah itu. 

Latihan 8 : Kepentingan Air
1. Air merupakan salah satu keperluan asas yang amat penting dalam kehidupan kita.
2. Manusia, haiwan dan tumbuhan memerlukan air sebagai minuman untuk membesar.
3. Sumber-sumber air adalah daripada hujan, sungai, laut dan telaga yang banyak terdapat di sekeliling kita.
4. Air boleh digunakan untuk mencuci pakaian, sayur-sayuran, kasut, kereta dan pelbagai benda lagi agar menjadi bersih.
5. Tanpa air, musim kemarau akan melanda dan mengakibatkan tanah menjadi kering kontang manakala terlalu banyak air pula mengakibatkan banjir melanda.    

Friday, November 16, 2012

RPH


Rancangan Pengajaran bagi Set Pengajaran Makropengajaran

Matapelajaran                      : Bahasa Malaysia
Tarikh / Hari                          : 08 Oktober 2012 / Isnin
Masa                                      : 10.35 pagi – 11.35 pagi (60 minit)
Kelas                                      : Tahun 5
Bilangan Pelajar                  :  22 Orang
Tajuk                                      :  Aktiviit Sekolah
Subtopik                               :  Aktiviti Bergotong-royong 
                                                  Membersihkan Bilik Darjah

Objektif Pembelajaran      
Pada akhir pengajaran ini, murid-murid akan dapat :
1.Menulis 5 ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan gambar.
2.Membaca 5 ayat yang ditulis berdasarkan gambar.

Hasil Pembelajaran         
8.2  Aras 1 (i) : Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk.
5.1 Aras 1 (i)  : Membaca perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Pengetahuan Sedia Ada : Murid-murid telah mengetahui tentang pelbagai jenis aktiviti yang dijalankan di sekolah. 

Alat Bantu Mengajar        : Carta, kad gambar, kad imbasan, kad manila, kertas majong, pen marker, lembaran kerja.

Pendekatan/strategi        : Berpusatkan guru dan murid.

Kaedah                             : Sumbangsaran, bersoal jawab, perbincangan, latih tubi. 

Nilai-nilai                          : Keberanian, bekerjasama, kerajinan, bertanggungjawab, rasional, menjaga kebersihan kawasan, tolong-menolong, prihatin.

KBKK                              : Menjana idea, menghubungkait, mencatat maklumat,mendengar dengan berkesan.
Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran
Langkah / Masa
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Strategi/ Kaedah/ 
ABM/
 Nilai/
KBKK
Aktiviti Guru
Aktiviti Pelajar
Set Induksi
(3 minit)

Pengenalan
• Ayat  
tunggal
• Ayat  
majmuk
1.Guru menunjukkan beberapa kad gambar dan menyuruh  murid meneliti gambar yang dipaparkan.

2.Guru meminta murid ke hadapan untuk menyuaipadankan kad imbasan (kata kerja) dengan kad gambar.

3.Guru memberi peluang kepada sesiapa yang ingin membina ayat secara lisan berdasarkan suaipadan kad imbasan dengan kad gambar tersebut.

4.Guru menyoal murid tentang pembelajaran hari ini.
1. Murid melihat dan meneliti setiap gambar yang 
ditunjukkan oleh guru.

2. Murid ke hadapan untuk melakukan aktiviti suaipadan kad imbasan dengan kad gambar.

3. Murid angkat tangan dan membina ayat tunggal
atau ayat majmuk secara lisan.  
                                                                                   4. Murid akan menjawab : "Tulis ayat".
Strategi : Berpusatkan 
guru dan
murid.

Kaedah : Bersoal jawab, Perbincangan.

ABM :          
Kad Imbasan, kad gambar.

Nilai : Keberanian, bertanggungg-jawab. 

KBKK : 
Menjana Idea,  Mendengar dengan berkesan.
Langkah
1
(15minit)











Aktiviti Bergotong-royong Membersih
-kan Bilik Darjah
• Bina ayat  secara lisan








1. Guru menunjukkan carta aktiviti 
bergotong-royong membersihkan bilik darjah kepada murid.

2. Guru membimbing murid mencari kata kerja yang sesuai dengan gambar.

3. Guru menerangkan cara untuk menulis
ayat dengan betul mengikut skema pemarkahan UPSR.

4. Guru memberi peluang kepada 
semua murid untuk membina ayat 
secara lisan.
1. Murid melihat dan meneliti aktiviti yang terdapat 
dalam carta yang ditunjukkan oleh guru.

2. Murid memberi jawapan mengikut bimbingan guru. 

3. Murid mendengar penerangan guru dengan teliti
dan bertanyakan soalan.

4. Murid membina ayat secara lisan.


                                         
Strategi : Berpusatkan 
guru dan 
murid.

Kaedah : Sumbangsaran, bersoal jawab. 

ABM :          Carta gambar.

Nilai :  
Menjaga kebersihan kawasan, kerajinan, bertanggung- jawab, bekerjasama.

KBKK : Menghubung-
kait.
Langkah
 2
(15minit)
Aktiviti Bergotong-royong Membersih
-kan Bilik Darjah
• Menulis ayat tunggal atau ayat majmuk

1. Guru menyuruh
 murid secara bergilir-gilir menulis ayat berdasarkan 
carta aktiviti tersebut. 

 2. Guru bersoal 
jawab dengan murid tentang ayat yang ditulis oleh murid.

3. Guru memperbetulkan kesilapan yang 
dibuat oleh murid
dan memberi 
markah kepada 
hasil kerja mereka.

4. Guru meminta semua murid 
membaca sekali 
lagi ayat-ayat 
tersebut.
1. Murid menulis ayat di papan putih dengan penuh 
perhatian menggunakanpen marker.

2. Muird menyatakan pemahaman mereka berkenaan ayat tersebut.

3. Murid mendengar penerangan guru dengan 
prihatin dan memcuba membuat pembetulan 
ayat.         
               
4. Murid membaca ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Strategi : Berpusatkan murid dan guru.

Kaedah :  Bersoal jawab, latih tubi.

ABM :      
Carta, pen marker.

Nilai :       Prihatin, bertanggung-jawab.

KBKK : Menghubung-
kait, mencatat    maklumat, rasional.
Langkah
3
(15minit)
Aktiviti Kumpulan
• Menulis 5 ayat dalam kertas majong secara bekerjasama
•Membaca 5 ayat yang dihasilkan
1. Guru memberi tugasan kepada 
murid mengikut kumpulan.

2. Guru meminta 
muird berbincang dalam kumpulan bagaimana menulis 
5 ayat berdasarkan gambar (Suasana di Perpustakaan).   
                                         
3. Guru berbincang bersama murid mengenai hasil 
perbincangan 
mereka.

4. Guru membetulkan kesilapan yang dibuat oleh murid.
1. Murid membaca dan memahami tugasan yang diberi.

2. Murid berbincang dalam kumpulan menulis 5 ayat berdasarkan gambarmengikut pemahaman mereka.

3. Murid berbincang dengan guru mengenai ayat 
yang dihasilkan.

4. Murid mendengardengan prihatin dan melihat kesilapan yang dibuat dan membuat pembetulan.
Strategi : Berpusatkan murid.

Kaedah : Perbincangan, latih tubi.

ABM :     Gambar, pen marker, kertas majong.

Nilai : Bekerjasama, bertanggung-jawab, tolong-menolong, prihatin.

KBKK :   Menjana idea, menghubung
-kait, mencatat maklumat.
Langkah
 4
(10minit)
Aktiviti Pengukuh
-an dan pengayaan diri murid
1. Guru mengedarkan lembaran kerja sebagai aktiviti pengukuhan dan memberi arahan kepada setiap murid.

2. Guru meronda dan membimbing murid yang menghadapi masalah. 

3. Guru meminta 
murid menghantar lembaran kerja.

4. Guru memberi latihan pengayaan kepada murid yang selesai tugasannya.
1. Murid menulis 5 ayat dalam lembaran kerja 
masing-masing.    
                    
2.  Murid bertanyakepada guru jika menghadapi 
masalah.

3. Murid menghantar lembaran kerja.            
                                                            
4. Murid yang selesai tugasannya dengan awal 
membuat latihan pengayaan diri.
Strategi : Berpusatkan murid.

Kaedah :       Latih tubi.

ABM :  
Lembaran kerja.

Nilai : Bertanggung-jawab, prihatin.

KBKK : 
Menjana idea, menghubung
-kait.
Penutup
(2 minit)
Rumusan guru
1. Guru membuat rumusan berkaitan topik yang telah dipelajari.
1. Murid mendengar rumusan guru dengan berkesan.
Strategi : Berpusatkan 
guru dan
murid.

Kaedah :       Bersoal  jawab.

ABM :      
Carta.

Nilai :    
Prihatin.

KBKK : Mengingat kembali.