Halo Angel Wings Kaoani

Thursday, December 20, 2012

Hasil Kerja Murid (3)

Latihan 5 : Tayar Kereta Bocor
1. Ibu Ahmad membawa Ahmad dan adiknya ke pusat beli-belah. (Betul)

2. Tayar kereta mereka telah bocor. (Betul)

3. Kelihatan seorang pemuda membantu mereka mengubah tayar baharu.
    ( mengubah sepatutnya menukar )

4. Ahmad sekeluarga melihat pemuda itu membuat kerja. (Betul)

5. Ibu Ahmad mengucapkan terima kasih kepada pemuda itu. (Betul)

Latihan 6 : Hari Minggu
1. Ah Ling dan adiknya menanam biji benih di dalam halaman rumah.
    ( di dalam halaman rumah sepatutnya di halaman rumah )

2. Beberapa minggu kemudian, biji benih telah tumbuh. (Betul)

3. Ah Ling menyiram sayur-sayurannya setiap hari. (Betul)

4. Emak mereka memasak sayur sebagai makan malam.
    ( untuk lebih sesuai berbanding dengan sebagai )

5. Adik Ah Ling melihat ibu memasak sayur di dapur. 
    ( ibu sepatutnya ibunya )

1 comment:

  1. Kedua-dua hasil kerja murid-murid ini adalah ringkas. Mereka seharusnya memperluas ayat mereka supaya menjadi ayat gramatis, barulah boleh memperolehi markah yang tinggi.

    ReplyDelete