Setelah membuat perbincangan saya telah memilih beberapa contoh hasil kerja murid seperti berikut :
Latihan 1: Sukan Tahunan Sekolah
Latihan 1: Sukan Tahunan Sekolah
1. Ali telah mendapat tempat pertama dalam acara larian manakala Amir mendapat tempat kedua.(larian sepatutnya lari 100 meter)
2. Ahmad dan seorang lagi murid lelaki mengangkat tali penamat.
(mengangkat sepatutnya memegang)
3. Banyak murid dan ibu bapa datang menyaksikan pertandingan-pertandingan tersebut. (Betul)
4. Beberapa orang peserta yang akan bertanding bersiap sedia untuk bertanding. (Betul)
5. Cikgu Lee sedang mencatat markah semua peserta. (Betul)
Latihan 2 : Di Perpustakaan Sekolah
1. Dua orang murid lelaki berbual-bual di dalam perpustakaan. (Betul)
2. Ali sedang menyuruh kedua-dua orang murid itu supaya jangan bercakap di dalam perpustakaan.(berbual-bual lebih sesuai berbanding dengan bercakap)
3. Dua orang murid lelaki membaca buku dengan teliti. (Betul)
4. Siew Mei dan Siew Lee membaca buku cerita yang baru dipilih oleh mereka. (Betul)
5. Kok Shun sedang memilih buku-buku kesukaannya. (Betul)
Murid dapat menulis ayat yang ringkas menepati kandungan gambar. Walau bagaimanapun, masih terdapat beberapa aktiviti yang tidak ditulis. Teruskan usaha lagi!
ReplyDelete